Saturday, May 30, 2020

Tujuan Mandi Daun Bidara

Kali ini saya ingin menjelaskan pentingnya mandi daun bidara kepada mereka yang terkena gangguan samada dari gangguan santau, sihir dan saka. Daun Bidara adalah tumbuhan herba yang tumbuh sehingga beberapa kaki tingginya. Rantingnya berduri dan perlu berhati-hati ketika mengambil daunnya. Allah anugerahkan pohon bidara ini mempunyai kelebihan iaitu daunnya boleh merawat penyakit yang disebabkan oleh sihir dan apa sahaja gangguan makhluk halus. Sebelum memetik membaca bismillah. Petik daun 21 helai atau lebih sedikit pada bilangan ganjil. Bacakan pada daun yang dipetik dengan  Surah Al-Fatihah sekali, salawat syifa' 7 kali, salawat Tarfijiyaj 7 kali, ayat Kursi sekali. Tumbuk daun di dalam lesung batu dan tidak perlu lumat. Bahagikan kepada tiga bahagian kerana ia perlu dilakukan selama 3hari. Untuk hari pertama ambil satu bahagian yang telah ditumbuk tadi ke dalam segelas air doa yang telah dibacakan Surah Al-Fatihah, ayat Kursi dan ayat-ayat yang sesuai sebagai penyembuhan. Kemudian ditumbuk di dalam lesung batu sehingga daun tersebut terlerai dan tidak perlu lumat. Sebelum mandian daun bidara, hendaklah mandi seperti biasa dengan sabun. Selepas mandi biasa sediakan sebaldi air paip di dalam bilik air. Untuk hari pertama mandian, ambil satu bahagian Satu bahagian tersebut ke dalam segelas air doa. Minum seteguk dan selebihnya masukkan ke dalam baldi yang telah diisi air. Air ini dijirus kepada badan pesakit dengan dimulakan bahagian kaki dahulu dan beransur ansur naik ke atas sampai kepala. Sebelum melakukan jirusan, niatkan mandian ini agar Allah sembuhkan penyakit yang kita tanggung. Biarkan air yang di badan kering sendiri tanpa dilap. Lakukan sebanyak 3 hari berturut-turut pada waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib. Mudah mudahan dengan mandian ini Allah meleraikan penyakit gangguan daripada badan pesakit. Bergantung kepada pesakit, jika penyakitnya sudah terlalu lama, proses kesembuhan biasanya agak lama, dan pesakit perlulah banyak bersabar. Ada sesetengah pesakit buat 3 kali mandi dah sembuh dengan izin Allah. Saya galakkan pesakit menanam pohon bidara berhampiran dengan rumah untuk memudahkan menggunakannya pada bil-bila masa yang dikehendaki. 









Tujuan Mandi Daun Bidara

Kali ini saya ingin menjelaskan pentingnya mandi daun bidara kepada mereka yang terkena gangguan samada dari gangguan santau, sihir dan saka...